Latihan 1
S1 Pesakit dengan gejala ringan dan tidak mempunyai
penyakit sampingan memerlukan rawatan untuk gejalanya sahaja
S2 Pesakit perlu banyak minum air dan makan buah-buahan
S3 Pesakit yang menghidap selsema perlu memakai topeng
muka dan mengelakkan diri daripada berkunjung ke tempat awam
S4 Mereka dinasihatkan agar menjalankan kuarantin diri
di rumah sendiri
S5 Mereka memerhati perkembangan simptom penyakit
tersebut pada diri masing-masing
S6 Pesakit yang mempunyai penyakit sampingan perlu
mendapatkan rawatan antivirus lebih awal
S7 Pesakit yang dijangkiti virus ini dinasihati agar
berhenti merokok
S8 Kakitangan perubatan diberi antivirus bagi
mengelakkan mereka dijangkiti virus ini
S9 Pesakit kanak-kanak kurang dari umur lima tahun dan
pesakit yang mendapat demam berterusan lebih daripada tiga hari perlu
mendapatkan rawatan antivirus
S10 Pesakit yang berisiko mendapat komplikasi sederhana
dan teruk diberikan rawatan di dalam wad
T1 Orang ramai mengamalkan adab bersin dan batuk yang
betul
T2 Menjaga kebersihan tangan dengan mencucinya dengan
lebih kerap dan menggunakan cara yang betul
T3 Memastikan rumah dan pejabat mempunyai sistem
pengudaraan yang baik
Mana-mana jawapan yang bersesuaian
Petikan Umum
i)
perkongsian/perihal bercampur/bersatu keturunan/baka/individu yang mewarisi
sesuatu ciri
ii)
- jumlah kematian semakin meningkat
- wabak ini masih dalam peringkat awal
- jumlah pesakit yang dipastikan H1N1
adalah lebih kecil daripada jumlah yang sebenar kerana ujian makmal yang dilakukan untuk
kes yang teruk sahaja
iii)
– kedatangan pelancong dari negara yang serius dilanda wabak ini
- keengganan sesetengah orang mematuhi
arahan Kementerian Kesihatan
- keengganan orang ramai memakai topeng
muka
- ada yang enggan mendapatkan rawatan
awal selepas mempunyai simptom penyakit tersebut
Latihan 2
S1 Menggalakkan penggunaan alat berteknologi tinggi
dan moden untuk memajukan pertanian negara
S2 Menyalurkan maklumat menyeluruh tentang penggunaan
dan peralatan berteknologi moden kepada petani
S3 Sektor pertanian perlu dilengkapkan dengan
peralatan yang moden dan canggih
S4 Kerajaan membantu untuk memaksimumkan penggunaan
hasil pertanian negara dengan cara memanfaatkan sisa buangan hasil pertanian
S5 Kerajaan membiayai kos penyelidikan kitar semula
sisa buangan pertanian
S6 Sisa buangan pertanian dikomersialkan pada skala
yang lebih besar
S7 Mempelbagaikan pengeluaran komoditi eksport negara
khususnya yang berasaskan kelapa sawit
S8 Meningkatkan penyertaan orang ramai untuk sama-sama
menceburkan diri dalam bidang pertanian
S9 Menjalankan kempen secara meluas meliputi semua
peringkat sosial masyarakat dan melibatkan semua pihak.
T1 Meningkatkan pendapatan petani/pekebun
kecil/pengusaha pertanian
T2 Malaysia dapat bersaing dengan negara maju dalam
sektor pertanian
T3 Malaysia dapat mengurangkan import hasil pertanian
dari negara luar
Mana-mana jawapan yang bersesuaian
Petikan Umum
i)
urutan peristiwa serta perkembangan yang diramalkan berlaku
ii)
– kurangnya penglibatan secara serius dan proaktif pelbagai pihak
- sektor pertanian dianggap sektor yang
tidak membawa keuntungan
- sektor pertanian dianggap sektor
konservatif/ kekampungan
iii)
– memberikan dana modal kepada lepasan IPT yang berminat untuk mengusahakan
bidang pertanian
- memberikan biasiswa kepada kepada
mahasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pertanian
- menyediakan dana khas untuk
penyelidikan dalam bidang pertanian
- menjalankan kempen untuk menarik minat
golongan muda menceburi bidang pertanian
Latihan 3
S1 Kekeliruan sama ada di pihak pelajar mahupun ibu
bapa terhadap IPTS di negara ini
S2 Kadar yuran yang dianggap terlalu tinggi berbanding
dengan kadar yuran di IPTA
S3 Kaum bumiputera khususnya orang Melayu masih lagi
tidak sanggup berkorban untuk melabur dalam bidang pendidikan
S4 Memikirkan beban kewangan yang bakal ditanggung oleh
mereka selepas tamat pengajian
S5 IPTS digembar-gemburkan dengan isu kekurangan
kemudahan yang lengkap
S6 Kualiti akademik yang ditawarkan didakwa tidak
menurut piawaian yang sebenar
S7 IPTS mengambil pensyarah yang baru tamat pengajian
untuk mengurangkan kos
S8 Banyak tenaga pengajar di IPTS kurang pengalaman dan
terlatih
S9 Pelajar bumiputera kurang yakin terhadap peluang
kerjaya yang bakal diperoleh oleh mereka
S10 Sebilangan IPTS mempunyai imej yang kurang baik di
sektor awam mahupun di sektor swasta
T1 IPTS menjalinkan kerjasama dengan universiti ternama
bagi memulihkan imejnya di mata masyarakat
T2 Kerajaan memberikan pinjaman/biasiswa kepada pelajar
yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di IPTS
T3 Unit Kaunseling di sekolah memberikan pendedahan
tentang kewajaran melanjutkan pelajaran di IPTS
Mana-mana jawapan yang bersesuaian
Petikan Umum
i)
penanaman modal dalam kegiatan
ii)
– peluang yang luas kepada golongan pelajar untuk terus bersaing dalam era
globalisasi
- peluang seluas-luasnya untuk melanjutkan
pendidikan mereka di peringkat yang lebih tinggi
- bagi pelajar yang tercicir, IPTS
merupakan institusi yang menyediakan peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran
iii)
– menyediakan kemudahan pinjaman/ biasiswa pelajaran
- memastikan tenaga pengajar yang
berkaliber
- memastikan peluang pekerjaan yang
terjamin
- menyediakan kemudahan yang setaraf
dengan IPTA terkemuka
Latihan 4
S1 Program khusus seperti Rakan Muda diperluas
fungsinya dan perlu disokong
S2 Kerajaan bertindak secara rasional dan teliti dalam
menggariskan dasar kebudayaan negara
S3 Kerajaan mengambil tindakan untuk menapis budaya
asing daripada terus menyerang golongan remaja
S4 Peranan artis sebagai suri teladan
S5 Ikutan para remaja hendaklah pelbagai, terutamanya
pada mereka yang telah terbukti unggul peribadinya
S6 Program Bina Sahsiah Islam benar-benar dapat
mencapai hasrat mendidik para remaja selari dengan sahsiah dan akhlak yang
mulia
S7 Kerajaan mengkaji dan mengambil tindakan terhadap
pusat hiburan dan pusat permainan video yang kian banyak jumlahnya
S8 Golongan remaja dibimbing dalam mengurus budaya dan
nilai yang diimport dari luar
S9 Mendedahkan remaja terhadap peranan mereka pada masa
hadapan
T1 Remaja yang kukuh jati dirinya dapat mengurangkan
masalah sosial negara
T2 Remaja yang kukuh jati dirinya dapat membantu
membangunkan negara
T3 Remaja yang kukuh jati dirinya dapat menjadi benteng
pertahanan bangsa
Mana-mana jawapan yang bersesuaian
Petikan Umum
i) keburukan atau anasir yang boleh merosakkan
pemikiran dan akidah remaja
ii)
– kekuatan jati diri remaja menjadi banteng ketahanan sesuatu bangsa
- sentiasa mencetuskan citra perjuangan
- menawarkan nilai kepimpinan yang unggul
iii)
– melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
- menguasai ilmu pengetahuan
- menguasai kemahiran dalam pelbagai
bidang
- memantapkan rohani dengan nilai
keagamaan dan moral
Latihan 5
S1 Cara yang mudah untuk mengenali peribadi pemiliknya
S2 Menjadikan penulis lebih yakin pada diri melalui
pandangan yang diutarakannya
S3 Dapat menjana pemikiran secara lebih terbuka dan
kritis
S4 Dapat menjadi terapi yang sihat kepada minda
S5 Untuk menjanakan pemikiran yang lebih positif
S6 Saluran komunikasi untuk meluahkan pendapat yang
bernas tentang sesuatu isu
S7 Dijadikan ruang untuk memperoleh pendapatan dengan
cara yang mudah
S8 Laman blog lebih mudah dikendalikan berbanding
dengan laman sesawang yang agak sukar dikendalikan
S9 Saluran alternatif yang paling berkesan untuk
menyuarakan pandangan
S10 Saluran alternatif yang paling berkesan untuk
berdebat tentang sesuatu isu daripada pelbagai perspektif
T1 Membuat pendedahan tentang laman sesawang/blog dalam
kurikulum di sekolah
T2 Mengadakan kempen secara menyeluruh melalui media
elektronik
T3 Mengadakan pertandingan mencipta laman blog/ laman
sembang terbaik
Mana-mana jawapan yang bersesuaian
Petikan Umum
i) perantara
yang efektif
ii)
– menjadikan pengendali blog lebih yakin
-
menjanakan pemikiran yang kritis dan terbuka
- alat terapi yang sihat kepada minda
iii)
– menggubal akta yang dapat menangani masalah penyalahgunaan internet
- ibu bapa melakukan pemantauan di rumah
- mengadakan kempen-kempen kesedaran tentang
mudarat budaya fitnah
- guru-guru membimbing dan menasihati
remaja tentang implikasi menyalahgunakan internet
Latihan 6
S1 Mempraktikkan kepentingan alam semula jadi
S2 Mengurangkan kesan kepesatan pembangunan terhadap
alam sekitar dan kesihatan manusia
S3 Memberikan kesan positif kepada ekonomi
S4 Mengurangkan kos operasi dan memulihara alam sekitar
S5 Kos operasi yang rendah meningkatkan nilai hak milik
bangunan hijau
S6 Mempunyai kawalan suhu dan pengalihudaraan terhadap
peningkatan pencahayaan
S7 Menjaga kesihatan penghuni di dalam bangunan yang
berpunca daripada ketidakstabilan suhu persekitaran dan pendedahan sinaran
ultra yang bahaya
S8 Mengekalkan kehijauan dalam bandar
S9 Bangunan yang mesra alam lebih tinggi nilainya
berbanding dengan bangunan biasa
S10 Melindungi alam sekitar untuk diwarisi kepada
generasi yang akan datang
T1 Mengadakan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
T2 Kerajaan menanggung sebanyak dua peratus daripada
jumlah kadar faedah setahun
T3 Sebahagian daripada pendapatan diberikan pelepasan
cukai pendapatan bagi projek teknologi hijau
Mana-mana jawapan yang bersesuaian
Petikan Umum
i) pembangunan
yang mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik
ii)
– bersikap prihatin
- mempunyai kesedaran terhadap kepentingan
alam sekitar
- sedar bahawa pembangunan yang mesra alam
lebih tinggi nilainya
iii)
– kempen kesedaran dijalankan secara menyeluruh
- penguatkuasaan undang-undang secara
lebih tegas
- pendidikan awal tentang alam sekitar di
sekolah sebagai kesedaran yang berterusan
Latihan 7
S1 Penyediaan pelbagai kemudahan untuk OKU oleh
kerajaan dan swasta
S2 Menubuhkan lebih banyak pusat pemulihan komuniti
bagi golongan OKU
S3 Penggubalan Akta OKU untuk meningkatkan dan
melindungi hak mereka
S4 Memberikan peluang dan galakan untuk memberikan
sumbangan kepada negara
S5 Sektor swasta menyediakan lebih banyak latihan dan
peluang untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan agar mereka mampu
mandiri
S6 Pemberian peruntukan dalam bentuk geran untuk
memajukan bidang sukan
S7 Memberikan bantuan elaun khas untuk golongan OKU dan
insentif kepada pelatih dan pelajar
T1 Mengurangkan masalah pengangguran
T2 Memberikan peluang pekerjaan
T3 Mengurangkan pergantungan kepada kerajaan atau
pihak-pihak lain
T4 Meningkatkan produktiviti dan potensi golongan OKU
T5 Kualiti kehidupan golongan OKU akan terjamin/cerah
Mana-mana jawapan yang bersesuaian
Petikan Umum
i) memperhebatkan/ meninggikan
kemampuan/pencapaian/ peningkatan ilmu/pelajaran
ii)
– membantu golongan OKU yang terlibat dalam perniagaan
- menggubal kurikulum khas dengan
memasukkan elemen keusahawanan
- memperkenalkan skim bantuan modal oleh
institusi kewangan kepada OKU
iii)
– melalui khidmat nasihat serta dorongan untuk meningkatkan semangat mereka
- mencadangkan mereka merujuk kepada
kaunselor jika menghadapi masalah
- rakan OKU perlu dilibatkan dalam
pelbagai aktiviti pelajar normal untuk mengelakkan perasaan rendah diri dalam
diri mereka