Monday, 1 April 2019

Kesalahan Penggunaan Istilah atau Kata dan Kesalahan Tatabahasa - Edisi 2



Berikut merupakan Latihan tambahan bagi soalan (3d) iaitu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa


Contoh soalan dan cara menjawab

Peneroka dalam sesuatu bidang ilmu mesti mempunyai ketelitian untuk mengelakan kesimpulan yang rapuh dan tidak berpijak di atas fakta yang kukuh sehingga menghasilkan kajian yang salah.

jawapan :


Kesalahan kata/ Istilah (KKI) : Peneroka Pengkaji
  
Kesalahan Tatabahasa (KT) : di atas - atas

GUNAKAN SIMBOL ( - ) BAGI MEMBEZAKAN PERKATAAN YANG SALAH DAN BETUL


LATIHAN :
  1. Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia sentiasa meningkatkan pengawasan siang lagipun malam khususnya di kawasan berisiko daripada dilanggar oleh pihak luar.
  2. Bidang pendidikan memikul tanggungjawab besar di dalam usaha menyediakan perubahan bagi melengkapkan murid-murid dengan pelbagai keterampilan, berjiwa patriotik, dan berkedudukan mulia.
  3. Pengguna tidak perlu melakukan pembelian cemas apabila sesetengah barangan kekurangan dalam pasaran kerana tindakan itu akan mendorong para peniaga-peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga jualan.
  4. Golongan yang menafikan kepentingan bahasa kebangsaan masih belum dapat menyambut kenyataan bahawa negara sudah lama bebas dari belenggu penjajahan.
  5. Kakitangan awam yang hidup mewah berbanding dengan pendapatan mereka sudah tentu dikhuatiri terlibat dalam aktiviti mempergunakan kedudukan dan jawatan mereka demi untuk kepentingan diri.
  6. Longgokan warga asing di negara ini tidak disenangi rakyat tempatan. Oleh kerana itu, pihak berkuasa harus mengambil langkah meminimumkan jumlah pekerja asing di Malaysia.
  7. Petani awal di tanah rancangan berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk menukarkan kawasan belantara menjadi ladang pertanian yang subur dan memberi kemakmuran pada generasi seterusnya.
  8. Bahasa Melayu mampu berfungsi sebagai bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan kerana sudah memiliki pangkalan data yang lengkap bagi semua bidang-bidang termasuklah bidang sains dan teknologi.
  9. Kadar gaji setiap pekerja sewajarnya dapat menampung perbelanjaan diri selain daripada dapat memikul keluarga.
  10. Juruanalisa digital forensik bersama-sama dengan pegawai penyiasat akan pergi ke lokasi kejadian bagi mendapatkan bahan bukti yang mereka perlukan.
  11. Pencemaran udara menyebabkan pemanasan global akibat akibat ketandusan lapisan ozon yang melindungi bumi oleh sinaran terus cahaya matahari.
  12. Perbelanjaan secara mewah yang mengundang pembaziran ialah perbuatan keji oleh kerana tidak memberikan manfaat kepada masyarakat dan melebarkan jurang kehidupan golongan kaya dan miskin.
  13. Remaja lepasan universiti boleh membuat pemilihan penugasan sama ada bekerja sendiri dan makan gaji.
  14. Tindakan Hanis yang menghebahkan perasaan cemburu Rania untuk kejayaan rakan-rakan sekerjanya telah menyebabkan Rania tertindas.
  15. Di samping memohon bantuan pakaian, pelajar itu juga perlu memohon lain-lain kemudahan supaya keperluan dirinya yang wajik sentiasa cukup.
  16. Nenek teringat akan cucunya yang sedang mengalami latihan industri di negeri bayu di bawah.
  17. Pemuda itu berhadapan dengan pelbagai kesukaran sejak syarikatnya berpindah kepada lokasi baharu kerana belum dapat mengenakan diri dengan suasana di situ.
  18. Cikgu Roslan mengingatkan ketua kelas-ketua kelas supaya memastikan rakan-rakan mereka berdiri dalam barisan yang tersusun di tapak perhimpunan.
  19. Rumah terbuka dapat mengukuhkan integriti budaya antara masyarakat pelbagai suku kaum dari berapa daerah di Sarawak.
  20. Pelbagai hadiah-hadiah yang menarik disediakan oleh pihak penganjur untuk melambungkan penyertaan orang ramai dalam aktiviti sukaneka itu.
  21. Encik Husin ialah insan yang paling sedih pada hari ini apabila dia dilanda kesusahan malahan kilang tempat dia bekerja ditutup akibat kegawatan ekonomi.
  22. Sikap prihatin dan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh produser itu ketika mengajar di dalam bilik kuliah amat disukai oleh kami.
  23. Penduduk kampung melakukan beberapa tindakan-tindakan pantas untuk memadamkan kebakaran sebelum balai raya tersebut musnah dikunyah api.
  24. Suara anjing yang menguak di tengah malam amat menyeramkan tetapi kini tidak kedengaran lagi setelah ditangkap oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
  25. Kedudukan antara barat dan timur itulah kehebatan Tanah Melayu sehingga muncul sebagai pelabuhan antarabangsa pada masa dahulu.
  26. Ibu bapa tidak seharusnya menjauhkan diri daripada menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang diadakan di sekolah di setiap tahun.
  27. Pakar motivasi terkenal yang dijemput khas oleh pihak sekolah untuk memberikan syarahan itu telah membuatkan semua-semua murid diam dan insaf.
  28. Remaja perempuan itu menyimpan koleksi sampul-sampul duit raya yang terbaru di dalam sebuah kotak yang besar di dalam biliknya.
  29. Mereka perlu menyelesaikan tafsiran kerugian akibat kebakaran di syarikat itu terlebih dahulu seperti yang dalam prosedur telah ditetapkan.
  30. Rumah batu yang terpaling besar di hujung kampung itu ialah rumah siap pasang milik Datuk Khalid.


JAWAPAN :

  1. KKI: dilanggar diceroboh   KT: lagipun - mahupun
  2. KKI: berkedudukan mulia – berpekerti mulia KT: di dalam - dalam   
  3. KKI: pembelian cemas – pembelian panik   KT: para peniaga-peniaga – para peniaga/ peniaga-peniaga
  4. KKI: menyambut - menerima   KT: dari – daripada
  5. KKI: dikhuatiri disyaki   KT: demi untuk - demi
  6. KKI: Longgokan – Lambakan KT: Oleh kerana – Oleh sebab itu   
  7. KKI: Petani – Peneroka   KT: pada – kepada
  8. KKI: bahasa ibunda – bahasa rasmi   KT: semua bidang-bidang – semua bidang
  9. KKI: memikul – menyara   KT: selain daripada – selain
  10. KKI: Juruanalisa – Juruanalisis   KT: mereka perlukan – diperlukan oleh mereka
  11. KKI: ketandusan – penyusutan   KT: oleh – daripada
  12. KKI: mewah – boros   KT: oleh kerana – kerana
  13. KKI: penugasan– kerjaya KT: dan – atau
  14. KKI: tertindas– tertekan/teraniaya KT: untuk – terhadap
  15. KKI: wajik– wajib KT: lain-lain kemudahan– kemudahan-kemudahan lain
  16. KKI: mengalami– menjalani KT: negeri bayu di bawah – negeri di bawah bayu
  17. KKI: mengenakan– menyesuaikan KT: kepada– ke
  18. KKI: tersusun– teratur KT: ketua kelas- ketua kelas– ketua-ketua kelas
  19. KKI: integriti– integrasi KT: berapa daerah– beberapa daerah
  20. KKI: melambungkan– menggalakkan/ meningkatkan KT: Pelbagai hadiah-hadiah – Pelbagai hadiah/ hadiah-hadiah
  21. KKI: dilanda– ditimpa KT: malahan– kerana/setelah
  22. KKI: produser– pensyarah/profesor KT: disukai oleh kami– kami sukai
  23. KKI: dikunyah– dimamah/dijilat KT: beberapa tindakan-tindakan – beberapa tindakan/tindakan-tindakan
  24. KKI: menguak – menyalak KT: di – pada
  25. KKI: kehebatan– keistimewaan/kelebihan KT: antara – di antara
  26. KKI: menjauhkan– mengelakkan KT: di– pada
  27. KKI: memberikan– menyampaikan KT: semua-semua murid – semua murid/murid-murid
  28. KKI: terbaru– terbaharu KT: koleksi sampul-sampul duit raya – koleksi sampul duit raya
  29. KKI: tafsiran– taksiran KT: seperti yang dalam prosedur telah tetapkan– seperti yang telah ditetapkan dalam prosedur
  30. KKI: rumah siap pasang – rumah pasang siap KT: terpaling besar – paling besar/terbesar

Saturday, 2 February 2019

PENDAHULUAN KARANGAN PASANG SIAP



KAEDAH MENGINGATI ISI KARANGAN MENGINGATI KONTEKS
INGAT KATA KERJA + (KONTEKS SOALAN)
PERANAN DIRI SENDIRI
Ø Mendengar
Ø Mengikuti
Ø Meminati
Ø Berusaha
Ø Mengelakkan
Ø Menghindar
Ø Menumpukan
Ø Mematuhi
Ø Memudahkan

PERANAN KELUARGA
Ø Mendengar
Ø Meluangkan
Ø Menjadi
Ø Menyediakan
Ø Memantau
Ø Membimbing
Ø Mendidik

PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN – SEKOLAH
Ø Mendidik
Ø Menganjurkan
Ø Mengajar
Ø Mengetatkan
Ø Mengadakan
Ø Menerapkan
Ø Menasihati
PERANAN RAKAN SEBAYA/ MASYARAKAT
Ø Menasihati
Ø Melaporkan
Ø Menegur
Ø Menjadi
Ø Mendengar

PERANAN KERAJAAN
Ø Menyediakan
Ø Memberi
Ø Menganjur
Ø Menguatkuasakan
Ø Memantau
Ø Menjatuhkan

PERANAN MEDIA MASSA
Ø Memaparkan
Ø Mengiklankan
Ø Melaporkan
Ø Mempromosi


KAEDAH PENULISAN (HARUS LULUS - HALUS)
PENDAHULUAN
Soalan berkaitan LANGKAH
A1
AYAT TEMA
Sudah terang lagi bersuluh bahawa …………… (tema)……………….. merupakan isu yang hangat diperkatakan.

A2
AYAT ISU SEMASA TENTANG TEMA
Saban hari media massa sering memaparkan berita-berita tentang ………… (tema) ……………
A3
AYAT PENDAPAT TENTANG TEMA
Memang tidak dapat dinafikan bahawa …………. (kehendak soalan) ………. perlu diambil.
A4
AYAT CONTOH
Sebagai contoh, ……………………………………
A5
AYAT PERIBAHASA/ BAHASA INDAH
Sebelum nasi menjadi bubur, perkara ini perlu diselesaikan dengan segera agar tidak menjadi lebih parah lagi.
A6
AYAT MENJURUS KEHENDAK SOALAN
Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa …………….. (kehendak soalan) ………… yang perlu diambil oleh ………(peranan)………….
A7
AYAT PERSOALAN
Persoalannya, apakah ……….. (kehendak soalan + tema) …………. ?




PENDAHULUAN
Soalan berkaitan PUNCA
A1
AYAT TEMA
Sudah terang lagi bersuluh bahawa …………… (tema)……………….. merupakan isu yang hangat diperkatakan.

A2
AYAT ISU SEMASA TENTANG TEMA
Saban hari media massa sering memaparkan berita-berita tentang ………… (tema) ……………
A3
AYAT PENDAPAT TENTANG TEMA
Memang tidak dapat dinafikan bahawa …………. (rujuk pernyataan soalan) ……….
A4
AYAT CONTOH
Sebagai contoh, ……………………………………
A5
AYAT PERIBAHASA/ BAHASA INDAH
Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, perkara ini benar-benar memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan seseorang individu.
A6
AYAT MENJURUS KEHENDAK SOALAN
Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa …………….. (kehendak soalan) ………… yang yang menyebabkan berlakunya perkara ini.
A7
AYAT PERSOALAN
Persoalannya, apakah ………..(kehendak soalan + tema) …………. ?