Berikut merupakan Latihan tambahan bagi soalan (3d) iaitu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa.
Contoh soalan dan cara menjawab
Peneroka dalam sesuatu bidang ilmu mesti mempunyai ketelitian untuk
mengelakan kesimpulan yang rapuh dan tidak berpijak di atas fakta yang kukuh
sehingga menghasilkan kajian yang salah.
jawapan :
Kesalahan kata/ Istilah (KKI) : Peneroka - Pengkaji
Kesalahan Tatabahasa (KT) : di atas - atas
GUNAKAN
SIMBOL ( - ) BAGI MEMBEZAKAN PERKATAAN YANG SALAH DAN BETUL
LATIHAN :
- Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia sentiasa meningkatkan pengawasan siang lagipun malam khususnya di kawasan berisiko daripada dilanggar oleh pihak luar.
- Bidang pendidikan memikul tanggungjawab besar di dalam usaha menyediakan perubahan bagi melengkapkan murid-murid dengan pelbagai keterampilan, berjiwa patriotik, dan berkedudukan mulia.
- Pengguna tidak perlu melakukan pembelian cemas apabila sesetengah barangan kekurangan dalam pasaran kerana tindakan itu akan mendorong para peniaga-peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga jualan.
- Golongan yang menafikan kepentingan bahasa kebangsaan masih belum dapat menyambut kenyataan bahawa negara sudah lama bebas dari belenggu penjajahan.
- Kakitangan awam yang hidup mewah berbanding dengan pendapatan mereka sudah tentu dikhuatiri terlibat dalam aktiviti mempergunakan kedudukan dan jawatan mereka demi untuk kepentingan diri.
- Longgokan warga asing di negara ini tidak disenangi rakyat tempatan. Oleh kerana itu, pihak berkuasa harus mengambil langkah meminimumkan jumlah pekerja asing di Malaysia.
- Petani awal di tanah rancangan berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk menukarkan kawasan belantara menjadi ladang pertanian yang subur dan memberi kemakmuran pada generasi seterusnya.
- Bahasa Melayu mampu berfungsi sebagai bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan kerana sudah memiliki pangkalan data yang lengkap bagi semua bidang-bidang termasuklah bidang sains dan teknologi.
- Kadar gaji setiap pekerja sewajarnya dapat menampung perbelanjaan diri selain daripada dapat memikul keluarga.
- Juruanalisa digital forensik bersama-sama dengan pegawai penyiasat akan pergi ke lokasi kejadian bagi mendapatkan bahan bukti yang mereka perlukan.
- Pencemaran udara menyebabkan pemanasan global akibat akibat ketandusan lapisan ozon yang melindungi bumi oleh sinaran terus cahaya matahari.
- Perbelanjaan secara mewah yang mengundang pembaziran ialah perbuatan keji oleh kerana tidak memberikan manfaat kepada masyarakat dan melebarkan jurang kehidupan golongan kaya dan miskin.
- Remaja lepasan universiti boleh membuat pemilihan penugasan sama ada bekerja sendiri dan makan gaji.
- Tindakan Hanis yang menghebahkan perasaan cemburu Rania untuk kejayaan rakan-rakan sekerjanya telah menyebabkan Rania tertindas.
- Di samping memohon bantuan pakaian, pelajar itu juga perlu memohon lain-lain kemudahan supaya keperluan dirinya yang wajik sentiasa cukup.
- Nenek teringat akan cucunya yang sedang mengalami latihan industri di negeri bayu di bawah.
- Pemuda itu berhadapan dengan pelbagai kesukaran sejak syarikatnya berpindah kepada lokasi baharu kerana belum dapat mengenakan diri dengan suasana di situ.
- Cikgu Roslan mengingatkan ketua kelas-ketua kelas supaya memastikan rakan-rakan mereka berdiri dalam barisan yang tersusun di tapak perhimpunan.
- Rumah terbuka dapat mengukuhkan integriti budaya antara masyarakat pelbagai suku kaum dari berapa daerah di Sarawak.
- Pelbagai hadiah-hadiah yang menarik disediakan oleh pihak penganjur untuk melambungkan penyertaan orang ramai dalam aktiviti sukaneka itu.
- Encik Husin ialah insan yang paling sedih pada hari ini apabila dia dilanda kesusahan malahan kilang tempat dia bekerja ditutup akibat kegawatan ekonomi.
- Sikap prihatin dan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh produser itu ketika mengajar di dalam bilik kuliah amat disukai oleh kami.
- Penduduk kampung melakukan beberapa tindakan-tindakan pantas untuk memadamkan kebakaran sebelum balai raya tersebut musnah dikunyah api.
- Suara anjing yang menguak di tengah malam amat menyeramkan tetapi kini tidak kedengaran lagi setelah ditangkap oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
- Kedudukan antara barat dan timur itulah kehebatan Tanah Melayu sehingga muncul sebagai pelabuhan antarabangsa pada masa dahulu.
- Ibu bapa tidak seharusnya menjauhkan diri daripada menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang diadakan di sekolah di setiap tahun.
- Pakar motivasi terkenal yang dijemput khas oleh pihak sekolah untuk memberikan syarahan itu telah membuatkan semua-semua murid diam dan insaf.
- Remaja perempuan itu menyimpan koleksi sampul-sampul duit raya yang terbaru di dalam sebuah kotak yang besar di dalam biliknya.
- Mereka perlu menyelesaikan tafsiran kerugian akibat kebakaran di syarikat itu terlebih dahulu seperti yang dalam prosedur telah ditetapkan.
- Rumah batu yang terpaling besar di hujung kampung itu ialah rumah siap pasang milik Datuk Khalid.
JAWAPAN :
- KKI: dilanggar - diceroboh KT: lagipun - mahupun
- KKI: berkedudukan mulia – berpekerti mulia KT: di dalam - dalam
- KKI: pembelian cemas – pembelian panik KT: para peniaga-peniaga – para peniaga/ peniaga-peniaga
- KKI: menyambut - menerima KT: dari – daripada
- KKI: dikhuatiri - disyaki KT: demi untuk - demi
- KKI: Longgokan – Lambakan KT: Oleh kerana – Oleh sebab itu
- KKI: Petani – Peneroka KT: pada – kepada
- KKI: bahasa ibunda – bahasa rasmi KT: semua bidang-bidang – semua bidang
- KKI: memikul – menyara KT: selain daripada – selain
- KKI: Juruanalisa – Juruanalisis KT: mereka perlukan – diperlukan oleh mereka
- KKI: ketandusan – penyusutan KT: oleh – daripada
- KKI: mewah – boros KT: oleh kerana – kerana
- KKI: penugasan– kerjaya KT: dan – atau
- KKI: tertindas– tertekan/teraniaya KT: untuk – terhadap
- KKI: wajik– wajib KT: lain-lain kemudahan– kemudahan-kemudahan lain
- KKI: mengalami– menjalani KT: negeri bayu di bawah – negeri di bawah bayu
- KKI: mengenakan– menyesuaikan KT: kepada– ke
- KKI: tersusun– teratur KT: ketua kelas- ketua kelas– ketua-ketua kelas
- KKI: integriti– integrasi KT: berapa daerah– beberapa daerah
- KKI: melambungkan– menggalakkan/ meningkatkan KT: Pelbagai hadiah-hadiah – Pelbagai hadiah/ hadiah-hadiah
- KKI: dilanda– ditimpa KT: malahan– kerana/setelah
- KKI: produser– pensyarah/profesor KT: disukai oleh kami– kami sukai
- KKI: dikunyah– dimamah/dijilat KT: beberapa tindakan-tindakan – beberapa tindakan/tindakan-tindakan
- KKI: menguak – menyalak KT: di – pada
- KKI: kehebatan– keistimewaan/kelebihan KT: antara – di antara
- KKI: menjauhkan– mengelakkan KT: di– pada
- KKI: memberikan– menyampaikan KT: semua-semua murid – semua murid/murid-murid
- KKI: terbaru– terbaharu KT: koleksi sampul-sampul duit raya – koleksi sampul duit raya
- KKI: tafsiran– taksiran KT: seperti yang dalam prosedur telah tetapkan– seperti yang telah ditetapkan dalam prosedur
- KKI: rumah siap pasang – rumah pasang siap KT: terpaling besar – paling besar/terbesar