Wednesday, 29 September 2021

SISTEM DAN APLIKASI BAHASA 10 (KLON SVM SEMESTER 1) - SET 2

NOTA TAMBAHAN





BAHAGIAN A (15 Markah)

Soalan 1: Morfologi (Golongan Kata/ bentuk kata)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, senaraikan dua kata terbitan dan dua kata hubung.


Setiap tahun kita menyambut Hari Alam Sekitar pada setiap 5 Jun. Sambutan yang diadakan di seluruh negara dunia ini bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran masyarakat dunia terhadap isu alam sekitar  serta mempertingkatkan tindakan dan pelibatkan kesedaran mereka terhadap sebarang perubahan yang berlaku kepada alam sekitar.

(4 markah)


Soalan 2: Morfologi (Membina Ayat)

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan sebagai peribahasa atau nama khas.


  1. musnah
  2. Kemusnahan

(2 markah)


Soalan 3: Penyuntingan

Setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya.


Sektor melancong kesihatan di Malaysia mencatit pertumbuhan pesat sejak kira-kira sedekad yang lalu. Industri ini bukan sahaja membuka banyak peluang perkerjaan malah merupakan satu sumber ekonomik baharu negara yang dapat menjanakan keuntungan lumayan. Malah, industri pelancongan di negara ini berpontesi besar untuk terkembang dengan lebih pesat dengan adanya teknologi-teknologi terkini yang terdapat di hospital-hospital swasta mahupun hospital kerajaan.

(6 markah)


Soalan 4: Peribahasa

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.


Walaupun sudah tua, Tok Seman masih bekerja keras dengan menggunakan (1) ______________-nya. Beliau mengerjakan tanah yang diwarisinya sejak turun-temurun lagi. Tanah yang luasnya (2) _________________ itulah beliau mengusahakan pertanian dan mendapatkan rezeki untuk meneruskan kehidupan dengan (3) ______________-nya sendiri.

(3 markah)


No comments:

Post a Comment