BAHAGIAN A (15 Markah)
Soalan 1: Morfologi (Golongan Kata)
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, senaraikan dua kata kerja transitif dan dua kata kerja tak transitif.
Perdana Menteri turut mengingatkan orang ramai supaya menggunakan topeng muka dan mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman. Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan dikuarantin selama 14 hari. Orang ramai dinasihati tinggal di dalam rumah.
(4 markah)
Soalan 2: Morfologi (Membina Ayat)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan sebagai peribahasa atau nama khas.
- akhlak
- istirahat
(2 markah)
Soalan 3: Penyuntingan
Setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya.
- Dunia hari ini sering tersaji dengan pelbagai cerita kemanusiaan yang menyentuh perasan.
- Pihak kerajaan telah melaksanakan urbanisasi di luar Bandar untuk mensejahterakan rakyat.
- Orang ramai dilarang mengadakan demontrasi jalanan kerana hal tersebut boleh mengugat keharmonian negara.
(6 markah)
Soalan 4: Peribahasa
Tulis satu ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.
- tulang belakang
- bagai menatang minyak yang penuh
- tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
(3 markah)