BAHAGIAN B (15 Markah)
Soalan 5: Bahan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Permainan tradisional seperti batu seremban yo-yo cina, dan kho-kho merupakan permainan warisan budaya yang menjadi kebanggaan masyarakat silam. Gelanggangnya pula sama ada di serambi, di halaman rumah, atau di kawasan tanah lapang yang tidak memerlukan belanja tetapi mereka dapat berkongsi keriangan dan kegembiraan. Permainan warisan itu jelas membawa bersama-samanya pelbagai kelebihan termasuklah memupuk semangat berpasukan dan mengisi masa lapang. Suatu ketika dahulu kanak-kanak yang menghabiskan masa bermain permainan tradisional memerlukan pergerakan fizikal dan ketajaman mental. Secara tidak langsung, permainan ini dapat melatih kekuatan fizikal dan mental mereka ketika bermain. Malangnya, permainan tersebut kian hilang peminatnya apabila berlaku pertembungan antara permainan tradisional dengan permainan moden yang canggih pada masa ini. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Melestarikan Permainan Tradisional Warisan Negara’ oleh Samat Buang, Dewan Siswa, Bil. 9/2016) |
Bahan 2
Realitinya, permainan tradisional seperti guli, baling selipar, tarik upih, dan tingting dimainkan untuk mengisi masa lapang masyarakat pada saman nenek moyang. Permainan ini melambangkan keagungan warisan bangsa dan negara tercinta. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini dikatakan demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping mencerdaskan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tradisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemainnya kerana pemain perlu memasukkan biji guli ke dalam ‘rumah’ dan ‘kampung’ pada papan congkak.
|
- Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud persepsi cendekiawan. [2 markah]
- Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kepentingan-kepentingan mempertahankan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat. [2 markah]
- Permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Pada pendapat anda, apakah kekangan-kekangan untuk mempertahankan permainan tradisional di negara kita pada hari ini? [3 markah]
Soalan 6: Bahan Sastera
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
DIRGAHAYU BAHASAKU
Tempatmu di singgahsana hati nurani bangsaku warga yang berbudi setia dan amanah Bahasa itu maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya agar tetap kukuh dan ampuh melayari lautan bijaksana salam ikatan mesra dan teguh Cekal dan waja semangat pejuangmu hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu di bumi bertuah ini merentas dunia tak bertepi |
Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan ke barat dan ke timur menjalinkan persaudaraan gagah pelautku membelah lautan ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam Dirhagahayu bahasaku di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu lagu bahasamu bahasamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila daripada bangsa yang bernama Melayu menempa kejayaan di alaf baru (Dipetik daripada puisi tradisional “Gelanggang” oleh Ahmad Sarju Antologi Dirgahayu Bahasaku, September 2000 Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia) |
Bahan 2
“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang di mak bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.” Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama di pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah wajah kota yang pesat dengan kemajuan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota. (Dipetik dan diubah suai daripada “Munsyi” oleh Husnia Nazri antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, hlm.56, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia) |
- Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menjengah wajah kota. [2 markah]
- Generasi kini semakin memandang enteng penggunaan bahasa Melayu, sebaliknya mereka sanggup memartabatkan bahasa asing. Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengubah pandangan yang tidak betul terhadap bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda sekarang. [3 markah]
Soalan 7: Novel
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Felicia mengeluh singkat. Sejurus, dia mengerling ke arah Doktor Mohammad yang baru sahaja sampai di pusat rawatan itu. Baru satu jam yang lalu, Doktor Mohammad yang bertugas secara on call pada malam itu meninggalkan bangunan PRPK, dipanggil kembali untuk menangani masalah kelahiran pramatang seorang bayi perempuan yang belum cukup masa dan menghadapi kesukaran untuk bernafas. Bayi perempuan yang tarikh kosepsinya tidak diketahui dengan pasti itu, beratnya kurang daripada 2.5 kg pada masa dilahirkan, kemudian diletakkan di dalam incubator di sisi ibunya. (Dipetik daripada Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, Kementerian Pendidikan Malaysia) |
Nyatakan masalah yang dihadapi oleh bayi yang dibantu oleh Doktor Mohammad. [3 markah]
No comments:
Post a Comment