Wednesday, 21 June 2017

Teknik Menjawab Rumusan

Rumusan:

1. Terdapat 4 perenggan. Tidak boleh melebihi 120 patah perkataan.
     
     P - Pendahuluan : 1 ayat
     S - Isi tersurat : 5 - 6 isi / 5 - 6 ayat
     T - Isi tersirat  : 2 - 3 isi / 2 - 3 ayat
     K - Kesimpulan : 1 ayat

# FORMULA 10 JARI




2. Formula Pendahuluan
    - Tukar di tengah tambah di hujung
    - Tukar = perkataan sinonim dengan arahan isi tersurat
  • Sebab/ punca
  • Kesan negatif/ akibat/ implikasi/ natijah
  • Langkah/ cara/ tindakan/ strategi/usaha/ teknik/ modus operandi
  • Faedah/ kelebihan/ manfaat/ kekuatan/kepentingan/ kemaslahatan.
  • Peranan/ fungsi/ tanggungjawab/ tugas/ kewajipan
  • Kekangan/ halangan/ rintangan/batasan/masalah
  • Kelemahan/ keburukan/ kekurangan
  • Ciri-ciri/ sifat-sifat/ kriteria
  • Usul/cadangan/ pendapat/ pandangan
    - Tambah = di Malaysia/ di dunia/ di peringkat antarabangsa

    - Contoh:

 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan pembalakan  haram dan sebab-sebab berlakunya aktiviti tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi  120 patah perkataan.    

Pendahuluan :

        Petikan membincangkan implikasi-implikasi pembalakan haram di Malaysia.

3. Binaan Perenggan      

4. Soalan Pemahaman  : bagi soalan 2(a) hingga 2(b)

  • Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
  • jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap dan sempurna
Contoh : 

2(b) Pengarang menyatakan usaha-usaha kerajaan untuk memajukan sektor pertanian. Apakah usaha-usaha tersebut?  [ 3 markah]

Usaha-usaha kerajaan untuk memajukan sektor pertanian dengan cara memastikan agensi kerajaan lebih kerap menyelidik masalah berkaitan dengan pertanian. Selain itu, kajian berkaitan dengan tanaman yang cepat tumbuh dan mampu mengelakkan serangan makhluk perosak. Kerajaan juga menggesa Agrobank lebih mudah memberikan pinjaman kepada petani.



No comments:

Post a Comment