Baca Bahan 1dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1 (Buku Teks T4 - m/s 148-149)
Dunia sekarang semakin moden dan mencabar menuntut para remaja supaya lebih berdikari dan kreatif. Oleh itu, golongan remaja haruslah menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Bidang keusahawanan menggalakkan para remaja berdikari tanpa mengharapkan mana-mana pihak untuk meneruskan kehidupan. Bidang ini juga dapat mendidik remaja menjadi lebih berdaya kreatif untuk membuat keputusan dengan berpandukan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki.
Ramai remaja tidak berupaya untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan cenderung untuk makan gaji. Namun begitu, bidang ini sebenarnya menjanjikan pulangan yang lumayan. Melalui bidang keusahawanan juga, para remaja boleh membimbing lebih banyak remaja yang tidak mempunyai pekerjaan yang stabil untuk berjaya dalam kehidupan dan membangunkan ekonomi mereka.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Ayuh, Jadilah Usahawan!” oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim, Dewan Siswa, Bil.7/2019)
Bahan 2 (Buku Teks T4 - m/s 154-155)
Amalan menabung perlu diterapkan dalam diri ibu bapa ketika anak masih kecil lagi bagi memastikan mereka tidak dibebani hutang apabila melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi National (PTPTN) menyediakan pelbagai bentuk galakan penabungan bagi mendidik minda masyarakat supaya memulakan simpanan ketika anak masih kecil lagi bagi mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.
Selain simpanan, pulangan melalui dividen yang diperoleh juga kompetitif dan lumayan. Bukan itu sahaja, penyimpan akan mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan. Sesungguhnya, menyimpan dalam SSPN-i Plus memberikan banyak kelebihan dan diakui oleh ibu bapa yang mula merasai nikmatnya.
(Dipetik dan diubah suai daripada “SSPN-i Plus Beri Pelbagai Kelebihan” oleh Haryani Ngah, Berita Harian Online, 13 Ogos 2017)
Sumber: buku Ilmu Bakti (Modul A+SPM Bahasa Melayu
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud melanjutkan pengajian. [2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan dalam kelebihan bidang keusahawanan dengan amalan menabung. [3 markah]
(iii) Kebanyakan ibu bapa memberikan pelbagai sebab yang menghalang mereka daripada membuat tabungan. Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab tersebut?
(iv) Rakan anda bercita-cita mahu menjadi usahawan tani yang berjaya suatu hari nanti. Namun, dia sering terbaca tentang masalah kekurangan modal, pengalaman dan risiko yang menjadi faktor seseorang kurang menceburi bidang keusahawanan tani.
Sebagai seorang yang prihatin, cadangkan ciri-ciri yang perlu ada pada diri rakan anda supaya dapat mencapai cita-cita tersebut. [4 markah]