Tuesday, 29 June 2021

SOALAN 3: PENYUNTINGAN

Praktis 1: Penyuntingan

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin semula petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

        Teknologi seperti penggunaan dron dan sistem pertanian pintar dapat mengubah lanskap sektor agro-makanan negara di dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang. Kementerian sentiasa memberikan galakan pada kumpulan sasar untuk mengusahakan aktiviti pertanian secara moden dengan aplikasi teknologi dan inovasi. Inisiatif ini dapat dilihat ketika penyampaian Belanjawan 2020 apabila RM43 juta diperuntukan bagi pembangunan Industri Pertanian 4.0.

i. lanskap - landskap

ii.

iii.

iv.

v.

vi.


Petikan 2

        Bunga raya memilih sebagai bunga kebangsaan berdasarkan kriteria bunga ini sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama panggilan yang sama, mudah dijumpai, dan tidak bunga kebangsaan mana negara lain di dunia pada ketika itu. Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengistiharkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya sebagai bunga kebangsaan dilihat sangat tepat kerana lima kelopak yang ada kepada bunga raya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.

i. memilih - dipilih

ii.

iii.

iv.

v.


Praktis 2: Penyuntingan

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin semula petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

        Bermula pada tahun 2020, istilah sambutan hari kebangsaan telah berganti dengan nama "Perayaan Bulan Kemerdekaan". Perayaan ini berjalan selama sebulan bermula daripada 17 Ogos sehingga 16 September. Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan di Dataran Merdeka pada 17 Ogos. Acara kemuncak adalah Perayaan Ambang Merdeka peringkat nasional yang diadakan pada malam 31 Ogos yang bertempat dari Dataran Shah Alam.

i. 

ii.

iii.

iv.

v.

vi.


Petikan 2

        Secara asasnya, pembentukkan sesebuah negara bergantung pada kekuatan jati diri rakyatnya dan nilai yang baik dapat membentuk jati diri yang hebat. Sehubungan dengan itu, semangat cintakan tanahair merupakan aspek yang perlu sentiasa ada dalam jati diri masyarakat. Hal ini bagi memastikan keluhuran dan kestabilan sesebuah negara kekal dijaminkan. Apabila semangat patriotisme kian pudar dan hilang, maka kedamaian sesebuah negara akan terjejas.

i. 

ii.

iii.

iv.

v.


No comments:

Post a Comment