Sunday, 4 July 2021

KERTAS 2: RUMUSAN (BAHAGIAN C) MINGGU 12

Rumusan: Tema Kesenian dan Kebudayaan

Baca petikan dan teliti ilustrasi yang diberikan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. 

Bahan 1 - Petikan

Seni bina Melayu telah mati. Ungkapan tersebut datang daripada seorang pakar seni bina dan pemuliharaan rumba Melayu. Maksud beliau, tiada lagi amalan seni bina Melayu kerana diambil alih oleh bentuk moden dan korpus ilmunya pun kian pupus. Alam seni bina Melayu kian didominasi oleh seni bina moden yang dianggap global. Rumah Melayu masih kelihatan dan bertebaran di Semenananjung Tanah Melayu. Seni binanya merupakan ikon yang mencerminkan keluhuran akal budi. Maka, artifak tersebut perlu diwartakan sebagai warisan kebangsaan kerana kepentingan dan fungsinya.

            Kita pulang ke kampung apabila terdapat kenduri keluarga atau sanbutan tertentu keluarga. Oleh itu, rumah Melayu penting kerana wadah untuk mengeratkan hubungan keluarga. Banyak rumah Melayu yang tersergam indah pada suatu masa dahulu kerana mencerminkan suatu bentuk seni dan kehidupan seharian. Rumah Melayu banyak dalam tona kayu, tetapi ada juga yang dicat dalam beberapa warna, merupakan sesuatu yang indah pada mata dan jiwa. Rumah Melayu diperbuat daripada kayu atas tiang. Ruang dalaman yang luas dibahagikan dengan minimum.

         Menurut Lim Jee Yuan dalam bukunya The Malay House: Radiscovering Malaysia’s Indigenous Shelter System, rumah Melayu dibina dengan bumbung yang luas. Hal ini dapat memberikan kesan visual yang menarik. Selain itu, rumah Melayu merupakan ekspresi jelas suatu cara hidup dan budaya penghuninya. Pada masa yang sama, rumah Melayu mencerminkan budi tukang dan penghuni. Di samping itu, rumah Melayu juga melambangkan kesedaran, kepintaran dan identiti pandangan alam Melayu. Kini, ramai yang telah meninggalkan rumah Melayu untuk hidup di persekitaran bandar, dalam samangat kubisme dan alam sekitar berbentuk Bauhaus.

            Rumah Melayu juga merupakan lambang kepintaran dalam penyusunan ruang. Serambinya berfungsi sebagai ruang perantara antara bahagian dalam dengan bahagian luar rumah dan menjadi ruang interaktif antara penghuni dengan masyarakat setempat. Rumah Melayu juga merupakan simbolik kepada kompleksiti pembinaan negara bangsa. Langkah pemuliharaan rumah Melayu dapat memberikan sumbangan kepada negara. Sesungguhnya, rumah Melayu bukan sekadar estetika.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Gubal Dasar Mewartakan Rumah Melayu sebagai Warisan Seni Bina Kebangsaan” oleh A. Murad Merican, Dewan Masyarakat, Bil. 3/ 2019)

Bahan 2 - Ilustrasi



1 comment: