SINTAKSIS - AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
Praktis 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
Bersesuaian dengan langkah transformasi ekonomi negara yang memerlukan pendekatan menyeluruh, kerajaan melaksanakan usaha sama dalam pelbagai bidang yang menjadi teras ekonomi negara. Kerjasama ini merancakkan industri pelancongan di Malaysia. Faktor kebanyakan hotel mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa amat mempengaruhi kedatangan pelancong tersebut. Sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap kualiti pengurusan yang tinggi, Malaysia mampu menyediakan perkhidmatan pelancongan yang terbaik di rantau Asia Tenggara.
Jawapan:
(i) _____________________________________________________________________
(ii) _____________________________________________________________________
(iii) _____________________________________________________________________
Praktis 2
Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Mereka telah menyelesaikan masalah pembuangan sampah di kawasan itu secara rundingan semalam.
(ii) Amran melakukan tugas sebagai pelukis buku cerita kanak-kanak itu dengan penuh tanggungjawab sehingga selesai.
(iii) Saya telah menyiapkan karangan yang bertajuk "Pengguna Bijak Melabur Menjamin Kestabilan Ekonomi Negara" itu semalam.
Jawapan:
(i) _____________________________________________________________________
(ii) _____________________________________________________________________
(iii) _____________________________________________________________________
Praktis 3
Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Zuhairi dilantik oleh jurulatih Program Latihan Khidmat Negara menjadi ketua kumpulan kami.
(ii) Pendakian Gunung Kinabalu yang sukar itu kami harungi dengan semangat yang kental dan berkobar-kobar.
(iii) Pengaruh negatif budaya asing seharusnya disekat oleh pihak media massa supaya jati diri bangsa Malaysia tetap terpelihara.
Jawapan:
(i) _____________________________________________________________________
(ii) _____________________________________________________________________
(iii) _____________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment