AYAT SUSUNAN BIASA DAN AYAT SUSUNAN SONGSANG
Praktis 1
Tukarkan ayat susunan biasa di bawah ini kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Sumber hutan perlu diuruskan secara lestari agar manfaatnya dapat dinikmati oleh setiap generasi.
(ii) Pesakit diabetes itu harus datang ke hospital pada setiap bulan untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan.
(iii) Pelancong asing itu terpegun tatkala menyaksikan keunikan sosiobudaya rakyat Malaysia semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri.
Jawapan:
(i) _____________________________________________________________________
(ii) _____________________________________________________________________
(iii) _____________________________________________________________________
Praktis 2
Tukarkan ayat susunan songsang di bawah ini kepada ayat susunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Di gelanggang berhampiran taman permainan kanak-kanak itu kami bermain badminton pada setiap petang
(ii) Kerana kekurangan modal kebanyakan petani di negara kita menghadapi masalah untuk menggunakan teknologi moden.
(iii) Mendapat sambutan yang hangat daripada penonton di Stadium Shah Alam persembahan konsert solo penyanyi lelaki itu.
Jawapan:
(i) _____________________________________________________________________
(ii) _____________________________________________________________________
(iii) _____________________________________________________________________
Praktis 3
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan songsang yang bergaris kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
Biarpun semakin ramai generasi muda tidak lagi berminat untuk mempelajarinya, seni tenunan kain adalah warisan yang masih mendapat tempat di negara ini. Songket ialah contoh hasil tenunan yang terus menjadi pilihan. Dapat dilihat dalam kebanyakan acara tradisi serta istiadat rasmi Melayu hingga hari ini penggunaan songket. Kain limar dikatakan mempunyai nilai tenunan yang tinggi nilainya kerana kehalusan seni pembuatan dan tenunannya. Dianggap sebagai tenunan tekstil Melayu yang mempunyai nilai tinggi kain limar bersongket. Ilmu kesenian ikat limar ini perlulah dikongsikan dengan generasi muda.
Jawapan:
(i) _____________________________________________________________________
(ii) _____________________________________________________________________
(iii) _____________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment