SINTAKSIS - AYAT MAJMUK DAN AYAT TUNGGAL
Praktis 1
Berdasarkan petikan di bawah ini, gabungkan ayat-ayat tunggal kepada tiga ayat majmuk tanpa mengubah maksud asalnya.
Ibu bapa ialah insan yang mulia. Pengorbanan mereka tinggi nilainya. Kasih sayang diberikan kepada anak-anak sepenuhnya. Ibu bapa memainkan peranan membentuk perwatakan anak-anak. Selain itu, merekalah pencorak masa hadapan anak-anak. Mereka menyediakan kemudahan tempat tinggal. Mereka memberikan pendidikan kepada anak-anak. Anak-anak memperoleh kecemerlangan.
(i) ______________________________________________________________________
(ii) ______________________________________________________________________
(iii) ______________________________________________________________________
Praktis 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat majmuk yang bergaris kepada ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.
Peribahasa semakin jarang-jarang ditemui dalam pertuturan generasi muda kerana dikatakan tidak lagi relevan. Kini, generasi muda telah mencipta peribahasa baharu yang menyongsang maknanya. Kita tidak mahu generasi muda merosakkan khazanah bahasa yang sarat mesej bermakna ini. Jadikanlah peribahasa sebagai panduan supaya beradab apabila mengajar, berkias apabila menyindir, bersusila apabila menegur dan bermadah apabila memuji. Marilah kita sama-sama memelihara dan melestarikan warisan bahasa tinggalan nenek moyang ini.
(i) ______________________________________________________________________
(ii) ______________________________________________________________________
(iii) ______________________________________________________________________
Praktis 3
Baca petikan di bawah dengan teliti. Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud asalnya.
Banyak faktor ancaman kepupusan terumbu karang termasuklah tumpahan minyak. Banyak faktor ancaman kepupusan terumbu karang termasuklah kegiatan perikanan. Banyak faktor ancaman kepupusan terumbu karang termasuklah bencana tsunami. Pertumbuhan alga pada terumbu karang amat menggalakkan. Kawasan itu mempunyai banyak nutrien. Hal ini boleh menjejaskan pertumbuhan karang laut baharu. Insiden kapal kargo terkandas di perairan Kudat menyebabkan kemusnahan khazanah laut ini. Khazanah laut ini perlu dipelihara. Khazanah laut ini penting kepada ekosistem marin.
(i) ______________________________________________________________________
(ii) ______________________________________________________________________
(iii) ______________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment