Sintaksis : Menganalisis Ayat (Pola Ayat Dasar)
Praktis 1
Nyatakan pola ayat-ayat di bawah ini sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS).
(i) Baju kurung itu untuk ibu saya sempena sambutan Hari Ibu.
(ii) Datuk Haji Hassan pengarah di syarikat itu semenjak sepuluh tahun lalu.
(iii) Kerajaan tidak pernah mengabaikan keperluan masyarakat di pedalaman.
(iv) Asrama baharu untuk anak-anak yatim piatu itu sedang dalam proses pembinaan.
(v) Pelakon terkenal itu sangat bengis ketika melakonkan watak penjahat.
(vi) Setiausaha Kelab Pencinta Alam sekolah saya telah menyiapkan minit mesyuarat sempena mesyuarat agung baru-baru ini.
Jawapan:
(i) _____________________________________________________________________
(ii) _____________________________________________________________________
(iii) _____________________________________________________________________
(iv) _____________________________________________________________________
Praktis 2
Nyatakan pola ayat-ayat di bawah ini sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS).
(i) Buku itu untuk kakak
(ii) Kucing belang itu pantas berlari
(iii) Hospital baharu itu sangat indah landskapnya.
(iv) Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan Malaysia.
(v) Murid-murid sekolah akan bergotong-royong pada hari Sabtu ini.
(vi) Puan Rosni guru mata pelajaran Sains di Sekolah Menengah Kota Kemuning.
Jawapan:
(i) _____________________________________________________________________
(ii) _____________________________________________________________________
(iii) _____________________________________________________________________
(iv) _____________________________________________________________________
Praktis 3
Nyatakan pola ayat-ayat di bawah ini sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS).
(i) Kad jemputan ini daripada Cikgu Huzir.
(ii) Skim amanah saham amat popular di negara kita.
(iii) Persembahan wayang kulit itu bermula sebentar tadi.
(iv) Hajah Khadijah Kamaruddin Tokoh Peladang Jaya Wanita.
(v) Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan pengawalan kebersihan makanan di premis-premis makanan.
(vi) Rendang itik itu sangat sedap kerana cukup bahan-bahannya.
Jawapan:
(i) _____________________________________________________________________
(ii) _____________________________________________________________________
(iii) _____________________________________________________________________
(iv) _____________________________________________________________________
mintak izin cikgu guna nota-nota yang cikgu hasilkan.
ReplyDeleteBoleh… 👍🏻👍🏻
Delete