BAHAGIAN D (40 Markah)- 1 Jam 30 Minit
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.
Hasil daripada kajian Globalstat, didapati lebih daripada 72% penggunaan media sosial di Malaysia merupakan antara pengguna tegar atau ketagihan media sosial terutama kebergantungan kepada telefon pintar. Media sosial yang paling kerap digunakan oleh rakyat Malaysia ialah Facebook (79%), Twitter (5%), YouTube (4%), dan instagram (3%). Sumber: Sinar Harian, 19 September 2020 |
Petikan akhbar di atas menerangkan bahawa masyarakat kita lebih ghairah dan obses terhadap media sosial berbanding dengan masyarakat negara-negara maju. Hal ini bermakna setiap 10 minit atau kurang rakyat Malaysia akan sentiasa melihat atau mengintai telefon pintar mereka. Ketagihan media sosial bukan sahaja melanda para remaja dan kanak-kanak, tetapi juga berjangkit kepada golongan yang lebih berusia.
Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan media sosial bagi anak-anak yang masih bersekolah.
No comments:
Post a Comment