Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Contoh soalan dan cara menjawab
Sebagai pelajar, kita mesti tabah merempuh (KKI) segala cabaran agar supaya (KT) kita berjaya dalam pelajaran.
jawapan :
Kesalahan kata/ Istilah (KKI) : merempuh- menempuh
Kesalahan Tatabahasa (KT) : agar supaya kita berjaya - agar kita berjaya/ supaya kita berjaya
GUNAKAN SIMBOL ( - ) BAGI MEMBEZAKAN PERKATAAN YANG SALAH DAN BETUL
LATIHAN :
- Peneroka dalam sesuatu bidang ilmu mesti mempunyai ketelitian untuk mengelakan kesimpulan yang rapuh dan tidak berpijak di atas fakta yang kukuh sehingga menghasilkan kajian yang salah.
- Saban hari berita tentang peperangan memenuhi dada akhbar dan baca televisyen malah lagi pengkhabaran itu berlaku di negara yang tiada daya untuk menentang kuasa penceroboh.
- Lambakan industri produk kecil dan sederhana bukan sahaja memenuhi pasar raya di dalam negara tetapi juga dapat menguasai ruang niaga di gedung terkemuka luar negara.
- Kumpulan yang berpakaian kemas itu dipercayai terlibat dalam kegiatan mengutip derma secara haram bahawa memperalatkan nama dan dimensi rumah kebajikan di ibu negara.
- Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh kita harus dipupuk dan disebarkan supaya terus berkembang dan masyarakat mendapat balasan daripadanya.
- Jamuan yang diadakan secara besar-besaran akan membazir sedangkan baki makanan yang ketinggalan dibuang begitu sahaja.
- Jambatan Pulau Pinang Kedua akan menjadi pemangkin kepada kegiatan ekonomi khususnya kepada para pedagang yang akan mendapat manfaat daripada kemudahan pelabuhan dan penyediaan kargo.
- Wanita hendaklah melibatkan diri secara aktif di dalam bidang ekonomi untuk meningkatkan perolehan mereka dalam pembangunan negara.
- Rakyat masih dapat menyaksikan kegagahan dan kesetiaan pasukan polis dalam meneruskan tugas dan tanggungjawab namun demikian terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan.
- Kerajaan tetap tegas dengan pendirian untuk memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus lagipun hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan.
- Rancangan Malaysia Kesepuluh dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kelebihan kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan.
- Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini tidak pernah menimpa negara kita sejak beberapa dekad yang lalu.
- Semua penduduk-penduduk kampung berlarian ke pantai untuk menonton ikan dugong yang terdampar di situ.
- Pokok yang berumur sahaja dibenarkan untuk ditebang oleh pembalak dalam pengurusan sistem perhutanan di Malaysia.
- Di dalam masyarakat moden hari ini, sukan dapat dijadikan jambatan untuk mewujudkan perpaduan.
- Guru-guru yang mendidik di kawasan pedalaman diberi elaun tambahan sebagai insentif pada mereka.
- Kami menggunakan nahu Kelantan bila bertutur sesama ahli keluarga.
- Pertunjukan buku yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai.
- Program Mengatasi Kemiskinan akan memberikan peluang pada golongan berpendapatan rendah untuk menambah pendapatan dan memupuk nilai positif tentang kehidupan.
- Sekalipun kenaikan harga minyak tidak begitu menyusahkan syarikat pengangkutan awam tetapi keuntungan yang syarikat itu peroleh mungkin berkurang.
- Pesakit diabetes dan alahan adalah antara masalah kesihatan yang dialami oleh sesetengah orang yang berpunca dari amalan pemakanan yang tidak betul.
- Rakyat Malaysia wajar menghormati pelancong asing untuk mengelakkan potensi negatif pihak luar terhadap rakyat atau negara ini.
- Seseorang yang mementingkan kesihatan akan menjalani pemeriksaan perubatan secara berkala untuk memastikan bahawa ianya sentiasa sihat.
- Kebanyakan peruncit bersikap tidak endah kepada kerugian pengguna kerana didorong oleh nafsu tamak untuk menimba keuntungan.
- Kerajaan membuat keputusan tidak akan membuat tambatan ringgit dengan kadar semasa Dolar Amerika di dalam menghadapi konflik kewangan antarabangsa.
- Penggunaan khidmat kiriman ringkas mencerminkan kecanggihan komunikasi di zaman teknologi maklumat.
- Pendaratan tahi bintang di kawasan sawah padi itu telah menjadi buah mulut sejumlah besar penduduk- penduduk berhampiran dengan kawasan kejadian.
JAWAPAN :
- KKI: Peneroka - Pengkaji KT: di atas - atas
- KKI: perkhabaran - berita KT: malah - apatah
- KKI: industri produk kecil - produk industri kecil KT: luar negara - di luar negara
- KKI: dimensi - reputasi KT: bahawa - dengan
- KKI: balasan - manfaat KT: dimiliki oleh kita - kita miliki
- KKI: ketinggalan - bersisa KT: sedangkan - apabila
- KKI: Jambatan Pulau Pinag Kedua - Jambatan Kedua Pulau Pinang KT: penyediaan - perkhidmatan
- KKI: perolehan - sumbangan KT: di dalam - dalam
- KKI: kegagahan - kegigihan KT: namun demikian - walaupun/sekalipun
- KKI: melangkah - menongkah KT: lagipun - namun
- KKI: kelebihan - manfaat KT: lapisan setiap masyarakat - setiap lapisan masyarakat
- KKI: Kekotoran - Pencemaran KT: yang mana - kerana
- KKI: menonton - melihat KT: Semua penduduk-penduduk - Semua penduduk
- KKI: berumur - matang KT: pengurusan sistem perhutanan - sistem pengurusan perhutanan
- KKI: jambatan - landasan KT: di dalam - dalam
- KKI: mendidik - mengajar KT: pada - kepada
- KKI: nahu - dialek KT: bila - apabila
- KKI: pertunjukan - pameran KT: dari - daripada
- KKI: Mengatasi - Membasmi KT: pada - kepada
- KKI: menyusahkan - menjejaskan KT: syarikat itu peroleh - diperoleh syarikat itu
- KKI: Pesakit - Penyakit KT: dari - daripada
- KKI: potensi - persepsi KT: atau - dan
- KKI: perubatan - kesihatan KT: ianya - ia/dia
- KKI: menimba - mengaut KT: kepada - tentang
- KKI: konflik - krisis KT: di dalam - dalam
- KKI: khidmat kiriman ringkas - khidmat pesanan ringkas KT: di - pada
- KKI: pendaratan - kejatuhan KT: sejumlah besar penduduk-penduduk - sejumlah besar penduduk