Thursday, 13 July 2017

Latihan Novel Tingkatan 4 & 5



Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang anda kaji.

a) Huraikan dua persoalan berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji. [7 markah]
b) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan nilai bertanggungjawab. [8 markah]
c) Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan tema berserta huraian peristiwa yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]
d) Watak sampingan banyak membantu watak utama dalam sesebuah penceritaan. Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan tiga perwatakan watak sampingan dalam novel tersebut.
e) Huraikan dua persoalan kasih sayang yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [7 markah]
f) Berdasarkan novel yang anda kaji, jelas dua peristiwa yang menggambarkan teknik imbas kembali yang terdapat dalam novel tersebut. [8 markah]
g) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]
h) Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua nilai yang terdapat dalam novel tersebut. [8 markah]
i) Berdasarkan novel yang anda kaji, pilih dua peristiwa yang menarik dan nyatakan sebab peristiwa itu berjaya menarik perhatian anda. [7 markah]
j) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat yang dipaparkan dalam novel tersebut. [8 markah]
k) Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan satu mesej yang terdapat dalam novel tersebut. [8 markah]
    - mula dengan perkataan ( Pengarang mengharapkan agar...)
l) Kewujudan pertentangan antara watak antagonis dengan watak utama menjadikan sesebuah cerita lebih menarik. Huraikan pertentangan antara watak antagonis dengan watak utama dalam novel tersebut. [7 markah]
m) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut. [8 markah]
n) Watak utama dalam sesebuah novel memiliki sifat-sifat mulia yang wajar diteladani oleh pembaca. Huraikan dua sifat mulia watak utama yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]
o) Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang menggambarkan konflik dalam novel tersebut. [8 markah]
p) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan binaan plot bagi novel tersebut. [8 markah]

No comments:

Post a Comment