Sistem Bahasa
( Latihan Tatabahasa )
1. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap frasa di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas.
- awam – awan
- bekas – berkas
- cekang – cerlang
- gagap – gugup
- jarang – jurang
- palsu – pasu
- sarang – serang
2. Tukar ayat
aktif di bawah kepada ayat pasif
tanpa mengubah maksud asalnya.
i. Presiden Amerika Syarikat mengunjungi Malaysia
selama dua hari.
ii. Anda perlu mengulang kaji pelajaran untuk
menghadapi peperiksaan SPM.
iii. Haikal membawa pakaian sukan ke sekolah pada
setiap hari Rabu.
iv. Hotel itu menyediakan juadah berbuka puasa yang
sungguh murah tetapi sedap.
v. Saya menyusun semua buku di dalam almari supaya
kebih kemas.
vi. Kita perlu mendaki gunung itu pada awal pagi agar
pendakian lebih lancar.
vii. Kanak-kanak tadika itu melukis gambar-gambar
haiwan jinak.
3. Tukar ayat
pasif di bawah kepada ayat aktif
tanpa mengubah maksud asalnya.
i. Pendapatan ditingkatkan oleh mereka dengan bekerja
sampingan selepas waktu bekerja.
ii. Saya telah dipilih oleh rakan-rakan untuk menjadi
ketua rombongan ke Beijing, China.
iii. Jutawan itu telah dibunuh oleh perompak dengan
kejam ketika sedang tidur.
iv. Semua baju kotor kami cuci di kedai dobi kerana
hujan turun pada setiap hari.
v. Adam perlu dibedah segera oleh doktor pakar kerana
jantungnya bermasalah.
vi. Jam tangan ini dihadiahkan oleh ibu selepas saya
memperoleh 10A dalam peperiksaan SPM.
vii. Anugerah Pelatih Terbaik diterima oleh Suhaimi
sempena Hari Anugerah Pusat Latihan Mara.
4. Tukarkan cakap
pindah di bawah kepada cakap ajuk
dengan mengekalkan maksud asalnya. Gunakan bahasa yang gramatis.
- Hanbal bertanyakan Aiman perkara yang akan dilakukannya selepas mereka selesai menduduki peperiksaan itu.
- Arul berpesan kepada John agar tidak lupa mengisi minyak motosikalnya selepas balik dari kampung.
- Ibu memberitahu kakak bahawa mereka akan memasak menu yang istimewa untuk tetamu yang datang.
5. Tukarkan cakap
ajuk di bawah kepada cakap pindah
dengan mengekalkan maksud asalnya. Gunakan bahasa yang gramatis.
“Boleh ambilkan saya payung?” pinta Zakuan kepada
Adib. “Boleh, tapi bukankah cuaca hari ini baik-baik saja?” kata Adib kepada
Zakuan. “Peribahasa ada mengatakan sediakan paying sebelum hujan,” ucap Zakuan.
“Betullah kata awak, sekarang ini musim hujan, bila-bila masa saja hujan
turun,” ucap Adib. “Tapi saya berdoa petang ni tak hujan, saya nak berlatih
boleh sepak,” ujar Zakuan. “Saya pun nak ikut awak ke padanglah,” kata Adib
kepada Zakuan.
6. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
- Demam yang dialaminya jika tidak dirawat dengan segera akan memudharatkan kesihatannya dan akan dijangkiti orang lain pula.
- Pesakit Influenza H1N1 akan dikurantinkan bagi mengelakkan berlakunya sebaran virus kepada orang lain.
- Kanak-kanak yang berhati mulia itu sedang menunton seorang lelaki buta melintaskan jalan yang sibuk itu.
- Kebanyakan petani mulai menanam nenas secara besar-besaran kerana produk tersebut mudah memasarkan dan harganya juga agak tinggi.
- Ayah sedang menyangkul tanah-tanah di belakang rumah untuk menanam beberapa batang pokok rambutan yang baharu semaiannya.
- Pada hari Selasa ini semua calun SPM boleh mengambilkan keputusan peperiksaan di sekolah masing- masing.
- Pelajar lepasan sekolah vokesyenal berpeluang melanjut pelajaran ke politeknik dan institusi teknikal yang lain.
7. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
- Penjual ubat di kaki lima-kaki lima bangunan itu memperakui bahawa minyak urut yang dijual oleh mereka sungguh mustajab dan dapat menyembuhkan luka-luka dan urat yang terseliuh.
- Sebagai pelajar, kita mesti tabah merempuh segala cabaran agar supaya kita berjaya dalam pelajaran.
- Orang ramai tidak dibenarkan masuk ke pusat pembinaan itu di atas sebab-sebab keselamatan.
- Pengetua akan membincangkan tentang masalah-masalah yang ditempuhi oleh guru kelas pada minggu depan.
- Beberapa helai baju itu tidak Wong Chee Keong pakai kerana baju itu sudah padat.
- Semua pengikut yang turut serta dalam ekspedisi itu selamat sampai ke puncak Gunung Kinabalu.
- Mesyuarat yang diadakan pada petang itu ialah untuk memperkatakan sambutan Hari Keluarga selain perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kelab ini.
8. Tukarkan ayat
songsang di bawah ini kepada ayat
biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
i. Tidur berlantai simenlah pekerja-pekerja yang
berpiket itu.
ii. Mengumpul setem adalah kegemaran ayah sejak kecil
lagi.
iii. Berpaling tadah sekumpulan askar upahan setelah
berjaya dihasut oleh propaganda musuh.
iv. Berjaya dipadamkan oleh bomba kebakaran bangunan
dua tingkat itu.
v. Dengan pantas kanak-kanak itu berlari.
vi. Meletup sudah gunung berapi di Pulau Jawa itu.
vii. Melawat ke sini kebanyakan pelancong dari Eropah
9. Tukarkan ayat
biasa di bawah ini kepada ayat
songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
i. Sambutan Maal Hijrah di kawasan itu sungguh
meriah.
ii. Tarikh tutup permohonan itu pada hari Jumaat.
iii. Rombongan pengantin itu tiba di Johor Bahru pada
pukul 1.30 tengah hari.
iv. Sejak minggu lepas telah banjir negeri-negeri di
selatan tanah air.
v. Jalan raya yang rosak telah dibaiki.
vi. Peragut itu cedera parah kerana dipukul oleh orang
ramai yang lalu lalang di situ.
10. Peribahasa
a) Baca ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
ayat-ayat tersebut.
- Semua orang memuji tingkah laku Munira yang lemah lembut seperti ibunya.
- Mesyuarat yang diadakan untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah syarikat tidak dapat jalan penyelesaiannya kerana semua ahli lembaga pengarah bertelagah sesama sendiri.
- Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja secara berlebih-lebihan
- Tun Abdul Razak dikenang kerana jasa-jasanya yang banyak dalam membangunkan negara.
- Janganlah sekali-kali kita mengeji ahli keluarga sendiri kerana perbuatan itu samalah dengan mengeji diri sendiri.
Jawapan :
- Bagaimana acuan begitulah kuihnya
- Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
- Ukur baju di badan sendiri
- Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
- Membuka pekung di dada
b)
Berikan maksud peribahasa di bawah.
- Seperti abu di atas tunggul
- Berkata benar walaupun kebenaran itu menyakitkan
- Ada pasang surutnya
- Pelanduk dua serupa
- Rumah siap, pahat berbunyi
- Seperti pungguk rindukan bulan
- Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
- Seperti mentimun dengan durian
Jawapan :
- Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, bila-bila sahaja boleh dipecat
- Berterus-terang walaupun kebenaran itu mendatangkan mudarat kepda diri sendiri atau orang lain
- Untung dan malang nasib seseorang tidaklah tetap
- Dua orang yang mempunyai wajah yang serupa
- Bersungut tentang sesuatu kerja yang sudah siap dilaksanakan
- Seseorang yang sangat merindui kekasihnya
- Seseorang yang memberikan keutamaan kepada urusan orang, sementara urusan sendiri diabaikan
- Orang yang lemah melawan orang yang kuat, perlawanan yang tidak adil
c)
Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud
dengan peribahasa di bawah.
- Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga.
- Alang-alang berminyak biar licin
- Bagai cincin dengan permata
- Belum duduk sudah berlunjur
- Mencurahkan air ke daun keladi
- Malu bertanya sesat jalan
- Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Jawapan :
- Air dicencang takkan putus
- Alang-alang berdakwat biar hitam
- Bagai pinang dibelah dua
- Belum tegak hendak berlari
- Membuang garam ke laut
- Malu mendayung, perahu hanyut
- Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran
untuk soalan-soalan di atas sebelum peribahasa tu, ada jawapan ke?
ReplyDeletetak ada.. tapi jika terdapat kekeliruan pada mana-mana soalan boleh bertnya terus kepada saya. insyaallah, saya cuba membantu.
Delete