BAHAGIAN B (15 Markah)
Soalan 6: Bahan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Keunikan Pulau Pinang yang terkenal dengan keindahan pantai, sudah pasti perkembangan percampuran etnik, seni dan budaya dan warisannya masih terpelihara sehingga kini menjadi tarikan utama untuk diterokai. Tinggalan sejarah seperti meriam di Kota Cornwallis, rumah ibadat, menara jam serta deretan rumah bangunan kolonialnya yang masih tersergam megah menyerlahkan keunikan Pulau Mutiara. Kedudukan lokasi warisan yang terletak pada jarak berhampiran antara satu sama lain juga menjadikannya mudah dijejaki dan bakal memberikan pengalaman istimewa. Tapak Warisan Dunia seluas 256 hektar itu merangkumi 3853 bangunan warisan dan 1160 struktur moden bukan sahaja dimiliki tetapi diduduki dan digunakan bagi pelbagai tujuan untuk membentuk perkembangan yang vibrant. (Dipetik dan diubah suai daripada “Gamit Nostalgia di Bandar Warisan” oleh Zuhainy Zulkifli, Berita Harian Online, 5 Julai 2020) |
Bahan 2
Bandar Taiping yang terletak di utara Perak memiliki keunikan tersendiri sehingga diisytiharkan sebagai bandar warisan sekali gus menjadikan Taiping destinasi pelancongan warisan. Pengkaji sejarah, Abdul Halim Yahya berkata, Taiping berasal daripada perkataan Cina yang bermaksud aman selama-lamanya. Uniknya, Taiping bukan hanya pada nama tetapi juga sejarah binaan bangunan warisan. Taiping menjadi lokasi pelbagai prasarana dibina sesuai dengan statusnya sebagai itu negeri Perak dan kepesatan perkembangan ekonominya. Taiping berada di lokasi yang strategik, iaitu antara Pulau Pinang dengan Ipoh yang senang dilawati, menawarkan pakej alam semula jadi seperti air terjun serta hutan paya dan keunikan budaya seperti kraf tangan dan makanan tradisi. (Dipetik dan diubah suai daripada “Keunikan Taiping Bandar Warisan” oleh Hafizah Iszahanid, Berita Harian Online, 27 Mac 2017) |
- Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menyerlahkan keunikan. [2 markah]
- Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan tarikan Pulau Pinang dan Taiping. [2 markah]
- Usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah membawa pelbagai manfaat. Pada pendapat anda, apakah manfaat-manfaat tersebut? [3 markah]
Soalan 7: Bahan Sastera
Baca Bahan 1 dan Bahan 2, yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Hakim terus mengeluh, “Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja membela ayam dan mengharapkan hasil yang baik. Aku sudah berhutang dengan bank. Hutang mesti dibayar, kalau tidak tanah aku akan dirampas. Kau ingat kan, tanah inilah yang kita tuntut di mahkmah dengan susah payah. Bank akan merampas tanahku tidak ubah seperti raja merampas tanah datukku dahulu.” Hakim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya. “Banyak persamaan antara aku dengan datukku. Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa. Walaupun namaku tidak lagi berunsur kolot dan kuno seperti datukku, tetapi itu tidak bererti apa-apa. Sepatutnya namaku ialah Kaduk bin Kaduk bin Kaduk.” “Pada zaman ini tiada lagi raja yang menyabung ayam tetapi raja baharu telah muncul. Raja itu tetap menguasai seluruh hidup kita. Kita tidak dapat berbuat apa-apa selain mengikut telunjuk mereka. Mereka ialah golongan yang memegang kuasa ekonomi negara. Kita tetap Kaduk dan mereka tetap raja,” luah Hakim lagi. (Dipetik dan diubah suai daripada “Keunikan Taiping Bandar Warisan” oleh Hafizah Iszahanid, Berita Harian Online, 27 Mac 2017) |
Bahan 2
Seloka Pak Kaduk |
|
Aduhai malang Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai Ada nasi dicurahkan Awak pulang kebuluran Mudik menongkah surut Hilir menongkah pasang |
Ada isteri dibunuh Nyaris mati oleh tak makan Masa belayar kematian angin Sauh dilabuh angin berpuput Ada rumah bertandang duduk. Antologi Anak Laut Kementerian Pendidikan Malaysia |
- Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan nasib malang yang menimpa Pak Kaduk. [2 markah]
- Seorang rakan anda sering tertidur dan tidak menyiapkan kerja apabila datang ke sekolah. Dia juga tidak berminat dengan pengajaran guru yang menggunakan kaedah tradisional, iaitu hanya menggunakan buku teks untuk menyalin nota dan membuat latihan. Sekiranya anda menjadi guru, apakah cara-cara yang anda lakukan untuk menarik minat murid untuk belajar. [3 markah]
Soalan 8: Novel
Setiap novel mengandungi pelbagai pengajaran dan teladan yang dapat dijadikan panduan serta pedoman hidup.
Berdasarkan salah satu novel di bawah, nyatakan satu peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
- Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
- Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
- Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
- Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
[3 markah]