BAHAGIAN A (15 Markah)
Soalan 1: Morfologi (Golongan Kata/ bentuk kata)
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, senaraikan dua kata adjektif dan dua kata hubung.
Kes penipuan dalam alam siber sering berlaku dan banyak laporan telah dibuat oleh mangsa. Mangsa yang terjerat dalam alam siber ini tidak mengira umur. Ada antara mereka daripada kalangan golongan muda, tua, dan warga emas.
(4 markah)
Soalan 2: Morfologi (Membina Ayat)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan sebagai peribahasa atau nama khas.
- modal insan
- bertaraf dunia
(2 markah)
Soalan 3: Penyuntingan
Setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya.
- Pelancaran Tahun Melawat Perak 2017 bertujuan untuk meningkatkan memasuki pelancung ke negeri Perak.
- Pengusaha produk kraftangan dan makanan tempatan diingati agar berusaha-sama membantu dalam mempromosikan produk pelancongan di negara ini.
- Pelancong asing menjangkakan akan melawat ke Perak adalah daripada negara eropah dan Asia seperti Singapura dan China.
(6 markah)
Soalan 4: Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.
- Hidupnya seperti _______________________ kerana tidak pernah pergi berjalan-jalan atau bersiar-siar di negeri orang.
- Hasil kerjanya itu tidak memuaskan hati gurunya kerana dibuat bagai __________________ .
- Masyarakat di kampung itu hidup bekerjasama dan tolong-menolong dalam apa-apa juga aktiviti atau pekerjaan bagai ________________________________ .
(3 markah)
No comments:
Post a Comment