Tuesday, 17 August 2021

RUMUSAN (BAHAGIAN C) MINGGU 18 - KLON SVM SEMESTER 1, 2, 3

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. 


Bahan 1 - Petikan


Kemurungan atau istilah lainnya “depresi” biasanya mendampingi individu yang berhadapan dengan masalah yang sukar diselesaikan dan terus menghantui remaja. Kesulitan sebegini biasanya akan menguasai diri remaja sehingga pemikiran mereka hanya tertumpu pada permasalahan tersebut. Biasanya remaja yang murung menjadi benci akan kehidupannya dan sentiasa menyalahkan mereka sendiri atau orang lain.

kemurungan sering dikaitkan dengan perubahan emosi negatif yang dapat memudaratkan diri remaja. Kesan kemurungan kepada emosi remaja turut menjadikan mereka mengalami kesulitan menenangkan diri dan mengembalikan perasaan positif yang wujud sebelum ini. Terdapat sesetengah individu yang mengalami depresi menjadi agresif dan marah yang teramat dengan melemparkan objek berdekatan dengannya atau merosakkan barangan untuk melepaskan tekanan. Depresi yang dialami dapat melumpuhkan sistem perkembangan tubuh dan minda yang sihat. Remaja juga mengalami kesukaran untuk tidur malam atau dikenali sebagai insomnia sehingga menjadikan tubuh mereka tidak berupaya berkembang dengan baiknya. Remaja yang menderita kemurungan juga kurang menitikberatkan soal pelajaran mereka kerana menganggap kehidupannya sudah tidak lagi bermakna untuk mengambil serius  Hal-Hal duniawi kerana fikiran yang dipenuhi dengan masalah yang dihadapi. Impak yang paling tragik ialah mereka bertindak membunuh diri. Sebelum perkara sebegini berlaku, adalah penting bagi insan terdekat remaja murung tersebut mentafsirkannya dengan segera perubahan dirinya dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Sebagai remaja, kesihatan emosi yang baik perlu dipelihara dengan sebaik-baiknya. Masalah kemurungan hanya dapat diatasi dengan melakukan perkara yang positif dalam rutin harian mereka kerana emosi manusia bersifat kerohanian dan dalaman. Hanya dengan mengamalkan aktiviti keagamaan, mampu untuk mereka menangani masalah ini.


Dipetik dan diubah suai daripada “Kesan Kemurungan dalam Kalangan Remaja”, oleh Noraziah Mohd Amin, Dewan Siswa, Bil. 11/2014



Bahan 2 - Grafik



No comments:

Post a Comment