Tuesday, 17 August 2021

RUMUSAN BAHAGIAN C (MINGGU 19) - KLON SVM SEMESTER 1, 2, 3

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. 


Bahan 1 - Petikan


Dari tahun 1990 hingga tahun 2010, dianggarkan bahawa Malaysia telah kehilangan 8.9 peratus daripada jumlah keseluruhan Kawasaki hutan. Hal ini jelas memberikan kesan yang sangat mendalam kepada alam sekitar dan perubahan iklim  di negara ini. Jumlah hidupan liar juga semakin pupus disebabkan pencemaran yang dilakukan oleh manusia yang menyebabkannya kehilangan habitat asal. Oleh itu, tidak hairanlah jika haiwan liar seperti harimau belang, gajah atau beruang tiba-tiba “mengamuk”. Jika manusia tidak menganggu mereka, pastinya mereka tidak akan mengganggu manusia.

Hidupan liar seharusnya dipelihara dan dikekalkan supaya dapat memberikan nilai estetika kepada masyarakat mengenai hidupan liar. Masyarakat juga perlu sedar tentang peranan hidupan liar untuk membantu ekologi secara semula jadi kerana hidupan liar inilah yang menentukan rantaian makanan di dalam hutan. Sebagai contohnya, kepupusan harimau seperti harimau Malaya telah mengganggu sistem ekologi terutama pembiakan babi hutan yang meningkat 10 kali ganda yang memusnahkan hasil pertanian. Sehubungan dengan itu, tindakan undang-undang yang keras akan dikenakan terhadap pemburu haram yang diberkas. Pemburu haram yang didapati bersalah kerana memburu binatang tanpa permit binatang yang dikawal untuk tujuan pembiakbakaan, sarkas, pameran dan penyelidikan akan didenda tidak melebihi RM70,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun ataupun kedua-dua sekali.

Akta Perhutanan Negara dan Akta Perlindungan Hidupan Liar juga dikuatkuasakan untuk mencegah perdagangan haram haiwan dan tumbuhan dan mengawal kegiatan pembalakan haram. Sebagai contohnya, penguatkuasaan undang-undang untuk memelihara flora dan fauna yang hampir pupus seperti Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA) 1974, aktiviti pembuangan sisa minyak di laut didenda sebanyak RM50,000 dan sebagainya. Dalam usaha untuk menjaga dan memelihara flora dan fauna di negara ini, Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara atau lebih dikenali sebagai Jabatan PERHILITAN sentiasa berusaha untuk mengekalkan spesies hidupan liar yang semakin terancam. Pelbagai program dan pengawasan telah dilakukan untuk memelihara dan memupuk kesedaran masyarakat mengenai kepentingan hidupan liar agar memastikan gas di udara kekal seimbang dan bekalan logam dan bukan logam di dalam kerak bumi tidak kehabisan. Sumber air yang bersih juga dapat dibekalkan dengan penjagaan flora dan fauna. Malahan, masalah pemanasan global yang membimbangkan masyarakat selama ini dapat diatasi.


Dipetik dan diubah suai daripada “Flora dan Fauna Hak Milik Semua”, oleh Adina Ahmad, Dewan Siswa, Bil. 10/2020 


Bahan 2 - Grafik




No comments:

Post a Comment