BAHAGIAN A (15 Markah)
Soalan 1: Morfologi (Kenal pasti dan bina ayat)
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kenal pasti dua kata kerja. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Kerajaan telah menetapkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusan kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia, di samping memastikan Kualiti pendidikan negara selari dengan standard antarabangsa.
(2 markah)
Soalan 2: Sintaksis
Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut.
Subjek : _______________________
Predikat : _______________________
(i) Sebarang masalah kemurungan yang wujud berkait rapat dengan psikologi dan emosi remaja.
(ii) Setiap individu baik remaja atau dewasa memerlukan bimbingan dan bantuan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.
(4 markah)
Soalan 3: Penyuntingan
Petikan di bawah mengandungi dua kesalahan kata atau istilah dan dua kesalahan Tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya.
Masyarakat yang bersih bermula dengan kebersihan sendiri diri. Amalan membasuh tangan memberikan impak yang besar pada diri dan masyarakat. Setiap hari tangan kita akan menyentoh banyak benda, termasuklah haiwan dan manusia. Tangan yang tidak dibersihkan dengan dengan betul akan mengundang pelbagai penyakit seperti selsema, sakit perut, dan cirit-birit akibat bakteria yang terlekat pada tangan.
(4 markah)
Soalan 4: Bahasa Melayu Standard
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti, kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bentuk bahasa Melayu Standard tanpa mengubah maksud dan bentuk asalnya.
Setelah hari malam maka Kertala Sari pun memakai pakaian yang indah-indah dan memakai bau-bauan yang harum lalu masuk ke dalam kota, dalam hatinya, “Pada malam ini aku masuk membakar dan mengamuk, kerana harta orang Melaka itu pun habis aku curi.”
(3 markah)
Soalan 5: Peribahasa
Baca ayat-ayat yang diberikan di bawah ini. Kemudian, berikan peribahasa yang sesuai.
(i) Walaupun barangan yang dijual itu agak mahal, namun banyak orang yang datang untuk membelinya kerana barangan tersebut berkualiti dan tahan lama.
(ii) Begitulah malangnya kehidupan Pak Muin, sudahlah tidak berpelajaran, sering pula diperbodohkan oleh orang lain.
(2 markah)
No comments:
Post a Comment